Atfal Taman Ilmu

Responsive Sticky Navbar (Fixed Version)

اطفال تامن علمو

MEMBINA GENERASI CEMERLANG

SEJAK 2011

TADIKA

TASKA

TRANSIT

KAFA

TUSYEN

LOGISTIK

Pelajar Tadika
0
Pelajar Taska
0
Pelajar Transit
0
Orang Guru
0
Tahun
0
Cawangan
0

Jiwa Terisi, Akhlak Terpuji,
Minda Bestari

Atfal Taman Ilmu adalah pusat pendidikan Islamik sehenti yang komited untuk menyediakan asas holistik bagi melahirkan generasi cemerlang, berilmu, dan berakhlak mulia.

TADIKA MUTIARA PINTAR

Jenama: Atfal Taman Ilmu

Tahun Penubuhan: 2011

Nisbah Guru/Pelajar: 10:1

Lokasi: Balik Pulau, Pulau Pinang

Kami menawarkan pendidikan awal lengkap di bawah satu bumbung, dari Taska dan Tadika hinggalah ke Transit dan pelbagai Kelas Tambahan. Berlandaskan falsafah untuk melahirkan insan yang seimbang antara dunia dan akhirat, setiap program kami direka untuk pembangunan holistik anak merangkumi aspek jasmani, spiritual, emosi, intelektual, dan sosial.

Sertai kami dalam menyediakan asas terbaik untuk masa depan si manja dalam persekitaran yang selamat dan menggalakkan.

Fasiliti di Atfal Taman Ilmu

TADIKA

Tadika di Atfal Taman Ilmu menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa, di mana kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti rangsangan awal untuk perkembangan menyeluruh. Program kami menggabungkan bermain, pembelajaran akademik dan nilai-nilai Islam, membantu anak-anak membentuk asas yang kukuh dalam kehidupan dan pendidikan mereka.

Umur

4-6 Tahun

Kapasiti

100 Pelajar

Masa

7.00am – 6.30pm

animasi-tadika-atfal-01 (1)

TASKA

Pusat jagaan yang selamat dan selesa, di mana si manja didedahkan dengan aktiviti rangsangan awal untuk perkembangan menyeluruh. Hanya tersedia di cawangan Kamunting, Perak.

Umur

3 Bulan – 4 Tahun

Kapasiti

30 Kanak-kanak

Masa

7.00am – 6.00pm

TRANSIT

Khidmat jagaan selepas waktu sekolah yang selesa dan selamat untuk pelajar sekolah rendah. Kami menyediakan tempat untuk anak-anak berehat, solat, dan kelas tambahan di bawah seliaan guru sementara menanti waktu pulang.

Umur

6 – 15 Tahun

Kapasiti

50 Kanak-kanak

Masa

12.30pm – 6.30pm

KAFA

Program pengukuhan ilmu Al-Quran dan Fardhu Ain ini bertujuan membina asas agama yang kukuh, di mana anak-anak dibimbing secara intensif dalam bacaan Iqra’ dan Al-Quran, serta memahami kewajipan Fardhu Ain selaras dengan falsafah Islamik kami. Program ini turut merangkumi kelas pengajian Iqra’, Al-Quran dan Fardhu Ain, dengan subjek seperti Jawi, Bahasa Arab, Hafazan, Tajwid dan Pendidikan Islam.

Umur

5-15 Tahun

Kapasiti

100 Pelajar

Masa

4.00pm – 6.00pm

MENTAL ARITMETIK

BIJAK SIFIR

KELAS BACAAN

SPEED READING

KELAB MEMANAH

TUSYEN

Program kami direka untuk mengasah minda dan membina kemahiran insani anak. Kami menawarkan kelas pengukuhan akademik seperti Mental Aritmetik, Bijak Sifir, Kelas Bacaan, dan Speed Reading, serta aktiviti pembangunan diri yang unik seperti Kelab Memanah untuk menyerlahkan potensi mereka.

Umur

5- 15 Tahun

Kapasiti

50 Kanak-kanak

Masa

3.00pm – 5.00pm

LOGISTIK

Kami menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai. Perkhidmatan kami mengambil dan menghantar anak-anak dari sekolah ke pusat kami (dan sebaliknya), memberikan ketenangan fikiran dan memudahkan urusan harian ibu bapa.

Umur

6 – 12 Tahun

Kapasiti

40 Orang

Masa

11.30am – 4.00pm

KENAPA KAMI?

LEBIH DARI TADIKA BIASA

Kami komited memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan pendekatan holistik yang menggabungkan pembelajaran akademik, nilai-nilai Islam, dan perkembangan sosial yang seimbang

guru-berpengalaman
holistik-islamik
persekitaran-selamat
perkembangan-bakat
berpengalaman
pusat-sehenti-lengkap
tadika-bulat_1
pusat-sehenti-lengkap

Pusat Sehenti Lengkap

Menawarkan segalanya di bawah satu bumbung: dari Taska dan Tadika, hinggalah ke Transit dan pelbagai kelas Tambahan.

berpengalaman

Berpengalaman dan Dipercayai

Dipercayai oleh ibu bapa sejak tahun 2011 dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti dan stabil

Asset 8-2

Perkhidmatan Kenderaan

Kemudahan penghantaran anak ke tadika dengan perkhidmatan kenderaan kami yang selamat dan teratur.

guru-berpengalaman

Guru Berpengalaman

Dibimbing oleh pasukan pendidik yang berpengalaman, penyayang, dan komited  memupuk potensi anak-anak.

holistik-islamik

Pendekatan Islamik Holistik

Kurikulum kami menyepadukan akademik dan nilai-nilai Islam untuk membentuk insan yang seimbang dunia dan akhirat.

persekitaran-selamat

Persekitaran Selamat

Kami menyediakan persekitaran yang selamat, bersih, dan selesa agar anak-anak dapat belajar dan bermain dengan gembira.

ANUGERAH KAMI

PENCAPAIAN GEMILANG

Pengiktirafan rasmi yang membuktikan tadika kami pilihan terbaik ibu bapa.

Anugerah Pengusaha Seri Nilam

2024 Peringkat Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) Utara

Anugerah Guru Nadi Kasih

2024 Peringkat Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) Utara

Anugerah Guru Inovatif

2024 Peringkat Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) Utara

Anugerah Guru Inovatif

2023 Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya, Pulau Pinang

Pengiktirafan Jurulatih Utama JKJR

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Malaysia

Tadika Swasta Terbaik 2018

2018 Daerah Barat Daya

GALERI ATFAL

KENANGAN ANAK-ANAK

Rakaman kenangan indah bersama anak-anak tersayang dalam persekitaran pembelajaran yang penuh kasih sayang

Ikuti kami di media sosial

TESTIMONI

APA KATA
IBU BAPA ATFAL?

Kepercayaan dan kepuasan ibu bapa dan anak-anak adalah keutamaan kami

Ibu bapa yang mempercayai pendidikan berkualiti kami untuk masa depan anak-anak mereka

Keluarga Bahagia Atfal

FAQ

SOALAN LAZIM

Apakah konsep utama Atfal Taman Ilmu

Atfal Taman Ilmu adalah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang ditubuhkan pada tahun 2011. Konsep utama kami adalah menyediakan pendidikan berkualiti yang berteraskan prinsip Islam, nilai murni dan english friendly.

  • Visi : Melahirkan insan yang seimbang dunia dan Akhirat.
  • Misi : Melahirkan insan yang mempunyai dunia di tangannya, dan di hatinya ada Akhirat.
Tidak, kami bukan sekadar tadika. Kami menyediakan pendidikan yang menitikberatkan perkembangan holistik kanak-kanak. Ini merangkumi sudut jasmani, spiritual, emosi, intelektual, dan sosial.
  • TASKA
  • TADIKA
  • TRANSIT
  • TUSYEN
  • KAFA
  • PENGANGKUTAN
  • KELAB MEMANAH
Perkhidmatan Transit (Jagaan) kami direka untuk ibu bapa yang memerlukan jagaan kanak-kanak selepas waktu persekolahan tadika/sekolah utama. Sila hubungi kami untuk mengetahui pakej waktu dan aktiviti yang disediakan.
Syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2011.

Kami mempunya dua cawangan dan terletak di :

  • 18, Lorong Pondok Upih, Taman Kristal, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang.
  • 67, Jalan Taman Jana Setia, Taman Jana Setia 2, 34600 Kamunting, Perak.
  • Telefon : 010-8147584 atau 019-5717584
  • Media Sosial : Cari kami di Facebook atau platform lain di bawah nama Atfal Taman Ilmu.

CAHAYA HIDAYAH & KEBERKATAN USAHA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ (٦٩)

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah S.W.T., para malaikat dan seluruh penduduk di langit dan di bumi sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti akan berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.”

– HR Tirmizi

Mulakan Perjalanan Cemerlang Si Manja Hari ini

Hubungi Kami​

CAWANGAN

TEMUI ATFAL DI DUA LOKASI

Perak

Pulau Pinang